Ini adalah semata-mata dari pengalaman saya yg masih bertatih utk menjadi seorang ibu. Lain orang, lain penerimaan.

Tuesday, October 18, 2016

Banyakkan susu cara saya

* Ini adalah cara saya, yg memang sudah terbukti keberkesanannya ke atas diri saya sendiri . Lain orang, lain tindakbalasnya*

Bagi seorang ibu, susu badan adalah perkara yg paling penting selepas anak. Bermakna, kita berusaha sedaya upaya utk ada susu badan. Tapi, bukan senang nak ada susu badan. Ada org yg mudah, ada org yg tak berapa nak mudah. Terpaksa guna perlbagai cara utk banyakkan susu. 
Masalah susu ni, kebanyakkannya terjadi pada ibu yg baru melahirkan anak pertama. Selain tak ada pengalaman, kurang ilmu, ada juga ibu baru ni yg tak dapat sokongan dari org terdekat. Lagi pula kalau ibu baru ni berada dalam golongan keluarga yg hanya percaya pada susu formula. Susah payah berusaha si ibu nak keluarkan susu, datangnya ahli keluarga ni sibuk meracun minda ibu muda ni yg dia memang tak ada susu. Lagi dahsyat, terusnya disua botol susu formula pada si anak. Si ibu ni makin lama makin tertekan, makin la susah susu nak keluar. Hmm..

Aku pada mulanya memang tak ada susu. Aku tengok dalam group ibu hamil, ada yg seawal 21 minggu dah ada susu. Aku ni? Sampai hari ke 3 baru ada susu. Huhu. Agak sedih.

Petua dari mak mertua utk elakkan puting melecet dan utk mudahkan susu keluar - diamalkan semasa mengandung:
  1. Tarik-tarik sikit puting susu, sambil sapu minyak zaitun, minyak baby atau minyak yg rasa wajar utk digunakan ( jangan la pulak lurus bendul, pakai minyak masak)- ni adalah utk pastikan puting jadi lembut, tak nak puting merekah sampai berdarah bila menyusu. Pulak daya hisapan baby memang kuat, sampai tahap meleleh air mata bila puting merekah.
  2. Bersihkan puting guna kapas atau tuala basah. Nanti akan keluar segala atuk nenek daki yg menghalang salur susu- utk pastikan tempat keluar susu tu bersih. bila dah bersih, mudah la susu nak keluar. Ibarat macam salur air sumbat, selagi tak dibersihkan jalan keluar, sampai kedaung takkan keluar susu. Huhu.
  3. Picit-picit sikit puting utk pastikan salur tak tersumbat. Bila aku dah 7 bulan, aku mula picit-picit puting aku. Ada air jernih yg keluar dari salur susu. Itu menunjukkan salur susu tu dah clear dr segala halangan.
 Ingat senang ke nak bg susu keluar? Pd pendapat aku, ikut dari pengalaman aku laaaa, susah nak keluar susu. Huhuhu. Seingat aku, pukul 10 mlm aku masuk wad, pukul 3 pg kali pertamanya anak aku merengek sikit sbb nak susu. Puas aku picit, xda tanda susu nak keluar, melainkan air jernih. memang aku sedih masa tu, Tapi aku suakan jugak puting pd anak aku. Punya la kekok, tuhan je yg tahu. Huhu. Anak aku hisap je la air jernih tu. Tu je yg ade. 

Esoknya, pun sama jugak. Sepanjang kt wad tu, dan hari ke 3, memang aku tak keluar susu. Hari ke 3, anak aku kena demam, kuning dia naik selain dari dehydration. Sebagai ibu, aku rasa sgt tak guna masa tu. Iyelah, susu taknak keluar melainkan hanya air jernih semata.

Hari keempat, baru la susu aku mula keluar. Sebabnya? Aku dah mula berurut. Huhuhu. memang aku gembira betul. Aku sgt gembira, sampaila aku pergi hospital tak macam org dalam pantang, sebab terlalu teruja nak bg anak susu. Huhu. Alhamdulillah, anak aku minum susu sampai tertido. Malam tu pun aku datang lg. Hehe. 

Cara aku banyakkan susu? 
  1. Makan nasi. Nasi tu karbohidrat yg berat, susah utk diuraikan. Maknanya, lagi byk makan nasi, lg byk karbohidrat, lg byk susu terhasil. Masa dlm pantang, sehari aku makan nasi 3 kali. Lepas pantang dan bekerja? Aku makan nasi tetap 3 kali gak, portion besarrrrr. Huhuhu.  
  2. Pam susu. Yg ni memang aku kena rajinkan diri. Aku ibu yg berkerja, jadinya aku kena buat stok susu sejak dr dalam pantang. Ini adalah jadual pam susu aku masa cuti bersalin. Aku mula buat masa anak aku berumur sebulan. Aku akan pam susu aku 4 kali sehari, Pukul 11pg, pukul 3ptg, pukul 7mlm, dan pukul 11tghmlm. Mula-mula memang setakat dpt 1-2 oz, tapi makin lama, makin meningkat. Bila waktu bekerja, aku akan pam susu sebelum pergi opis, dan juga sebelum tido. Bila kat opis, aku pam susu utk 3 jam sekali.
  3. Bagi anak isap susu badan lepas pam. Ini utk membolehkan badan kita diransang utk hasilkan lebih banyak susu. 
  4. Minum air carrot. Sebab carrot penuh dgn beta-carotene yg sgt diperlukan masa menyusu. Sebabnya? Carrot ada vitamin A, boleh membantu meningkatkan kualiti susu. Selain dari tu, carrot ni ada phytoestrogen, yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. ( Boleh baca kisah carrot di sini)
  5. Makan sayur. Sayur apa? sayur berdaun hijau gelap. Aku makan sawi dgn kangkung. Sebab apa? Sayur ni ade mineral enzim, dan juga phytoestrogen.  Jumlah susu meningkat, dan makin pekat.
Itu je setakat ni yg aku amalkan.Setakat sekarang ni? Alhamdulillah. Anak aku baru nak masuk 4 bulan. Masih jauh perjalanan. Aku ibu berkerja, jadinya aku memang kena pam susu kat opis. Setakat ni, pengeluaran melebihi permintaan. Hehehe. Rezeki anak. Tapi, dari masa ke semasa, aku akan bereksperimentasi dgn makanan lain. Yg pasti, makanan yg mudah nak dapat kat Malaysia, dan murah. Iyelah, bukan semua org mampu nak almond tu semua. Huhu.

* Masih jauh perjalanan sebagai seorang ibu yg menyusukan anak. huhuhu.*






 

No comments:

Post a Comment